Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Acara amal bantu golongan berkeperluan khas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Bagi mengumpul dana untuk menampung kos operasi Pusat Ehsan, lebih 400 orang telah menyertai Acara Amal Fun Walk, Run, Cycle Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) 2023 yang diadakan di Jerudong Park Ampitheatre, Jerudong, hari ini.

    Ia merupakan tahun ketujuh Pusat Ehsan menganjurkan acara tersebut yang terdiri daripada Fun Walk 6km, Fun Run dan Run Race 10km di samping acara berbasikal sejauh 30km dan 70km.

    Hadir bagi menyempurnakan pelepasan acara berbasikal dan larian pada pagi tadi ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang turut menyertai Fun Walk.

    Terdahulu, program telah dimulakan dengan taklimat keselamatan dan sesi pemanasan badan selama 15 minit yang diketuai oleh para sukarelawan.

    Acara ini antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyokong hak dan keperluan orang yang berkeperluan khas di Brunei Darussalam. Kesemua peserta menerima baju-T, beg, tiket cabutan bertuah dan pingat sejurus selepas menamatkan acara walkaton, larian atau berbasikal.

    Kesemua hasil daripada acara amal berkenaan akan diserahkan kepada Pusat Ehsan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa melepaskan para peserta Acara Amal Fun Walk, Run, Cycle Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...