Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara jogaton Perbadanan TAIB meriah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Dalam usaha untuk mempromosikan kesihatan, kecergasan dan semangat kemasyarakatan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) telah menganjurkan acara jogaton, kelmarin.

    Acara yang berlangsung di kawasan laluan Bandar Ku Ceria, Bandar Seri Begawan itu telah disertai oleh 200 kakitangan.

    Inisiatif acara tersebut diadakan adalah bagi menyokong kempen BN on the Move di peringkat kebangsaan, di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan acara berkenaan ialah, Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Haji Mohd Yusreza bin Haji Mohd Yussin dan Pengarah Urusan DHSB Haji Mahmud bin Haji Mohamed bersama pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, serta komuniti sekitar.

    Antara aktiviti yang diatur sepanjang acara berkenaan adalah larian riadah 2 kilometer (km), larian kompetitif lelaki 7.5km dan larian kompetitif wanita 4.7km.

    Datin Hajah Hasnah bersama kakitangan Perbadanan TAIB, IITHSB dan DHSB bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB
    Antara kakitangan yang turut serta semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB
    GAMBAR SERAHAN PERBADANAN TAIB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda