Pelakon senior, Jasmin Hamid terkejut saat mengetahui namanya membolosi kelompok 20 pencalonan awal bagi kategori Aktres Pembantu TV Popular.
“Adakah saya masih popular? Tapi, saya bersyukur sebab dalam nama saya dicalon-kan dalam ramai-ramai pelakon. Terima kasih Berita Harian,” katanya.
Jasmin atau nama sebenar, Jasmiah Abdul Hamid, 52, bersyukur apabila usaha dan peranannya sebagai pelakon untuk memberi hiburan kepada orang ramai masih dihargai sehingga kini.
Pelakon kelahiran Pahang memulakan karier lakonan pada awal era 1990an itu turut menyifatkan pencalonannya adalah rezeki kurniaan Allah atas usahanya dalam bidang seni tanah air.
“Saya bersyukur kerana masih lagi diterima masyarakat untuk menghiburkan dan menyampaikan isi hati kepada ramai orang menerusi lakonan.
“Ada juga tanya sampai bila saya hendak terus berlakon, jawapan saya adalah sampai tua.
Selagi sihat, diterima orang dan Allah masih izinkan saya untuk terus berada dalam bidang ini, saya akan teruskan.
“Bila sudah terbabit dalam industri seni, ia sudah menjadi darah daging saya dan tetap mahunya.
Saya bersyukur kerana masih diterima, jadi sebagai balasan, saya akan teruskan,” katanya kepada BH Online. – Agensi