Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adira letih sampai tumbang

    Penyanyi Malaysia, Adira Suhaimi tidak sedar apabila dia terpaksa dibawa ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor dengan menaiki ambulans baru-baru ini.

    Adira berkata, kejadian itu berpunca kerana dia tiba-tiba pengsan akibat mengalami demam selain tidak mendapat rehat yang mencukupi.

    “Ketika kejadian saya tak ingat apa-apa. Apabila buka mata saya sudah ada dalam ambulans. Perasaan takut memang ada, lagipun ini kali pertama saya naik ambulans.

    “Sebenarnya, selain ke hospital untuk melahirkan empat anak, saya tidak pernah duduk di wad. Tetapi insiden pengsan akibat letih dan demam ringan pada hari itu menyebabkan tubuh saya tidak mampu bertahan sampai tumbang,” katanya menurut Harian Metro.

    Menurut Adira, dia kini lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kerja yang melebihi had selain perlu mendapatkan rehat secukupnya.

    “Doktor ada cakap selain demam dan kurang sel darah merah, faktor keletihan melampau turut menjadi punca saya pengsan.

    “Selama ini saya sangka saya supermom yang boleh buat segala-galanya serentak kerana kalau cuti sehari pun saya tetap nak uruskan anak-anak.

    “Kudrat saya ada, cuma badan tak mampu lagi hadap keletihan. Jadi selepas ini saya pastikan hari cuti saya berehat.

    “Kalau saya tak sihat, saya tak boleh jaga anak-anak,” katanya. – Agensi

    Adira terpaksa dibawa ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. – HARIAN METRO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda