Thursday, December 5, 2024
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli arkeologi temui patung penjaga kuil di Angkor, Kemboja

    PHNOM PENH, 23 OGOS – Ahli-ahli arkeologi telah menemui patung penjaga pintu batu pasir (Dvarapala) berusia berabad-abad di kuil Banteay Prei di barat laut taman arkeologi Angkor Kemboja, kata Pihak Berkuasa Kebangsaan Apsara (ANA) dalam satu kenyataan berita hari ini.
     
    “Patung itu terletak di sebelah timur pintu gerbang kedua kuil itu, tertimbus di bawah tanah kira-kira 80 sentimeter,” kata siaran berita itu.
     
    Chea Sarith, ahli arkeologi Jabatan Pemuliharaan Monumen dan Arkeologi Pencegahan ANA, berkata bahawa patung itu nampaknya telah tercabut akibat keruntuhan struktur atas pintu pagar.
     
    “Walaupun begitu, patung itu masih dalam keadaan agak baik. Bagaimanapun, ia ditemui dengan kepala ke bawah menghadap ke barat, dengan badannya patah kepada enam bahagian termasuk kerosakan pada leher, lengan bawah, sebelah kiri, pinggang, dan bawah lutut kedua-dua kaki,” katanya.
     
    “Sebahagian daripada tongkatnya juga hilang.” 
     
    Beliau berkata, patung itu dibina dalam gaya Bayon dan berketinggian kira-kira 1.6 meter. – Xinhua
     
    Gambar yang diambil pada 20 Ogos menunjukkan patung penjaga ditemui di kuil Banteay Prei di wilayah Siem Reap, Kemboja. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda