Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli Ikhwanul Muslimin dipenjara seumur hidup

    KAHERAH, 29 Jun – Sebuah mahkamah Mesir pada Khamis menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 27 anggota Ikhwanul Muslimin kerana mencetuskan keganasan, lapor agensi berita China memetik laporan Agensi Berita Timur Tengah (MENA).

    Hukuman penjara seumur hidup di Mesir membawa maksud pesalah terpaksa meringkuk dalam tahanan selama 25 tahun.

    Kes itu bermula pada 2016 apabila 37 anggota Ikhwanul Muslimin berarak di bandar pesisir Iskandariah dengan membawa risalah dan melaungkan slogan bagi mencetuskan keganasan terhadap institusi kerajaan.

    Mereka telah didakwa melakukan tunjuk perasaan tanpa kebenaran, menakut-nakutkan rakyat dan membahayakan ketenteraman awam. Sepuluh lagi dihukum penjara 10 tahun dalam kes yang sama, menurut laporan itu.

    Bekas presiden Islam Mohamed Morsi telah digulingkan oleh tentera pada Julai 2013 susulan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap pemerintahannya selama setahun.

    Tindakan keras ke atas penyokong-penyokong Morsi telah menyebabkan beratus-ratus orang maut manakala beribu-ribu lagi ditahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda