Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli OKP berdaftar terima sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R. –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Dengan hasrat tulus untuk sama-sama menyemai amalan bersedekah dalam menyemarakkan lagi kedatangan bulan suci Ramadan, ahli jawatankuasa tadbir tertinggi dan biro-biro  sesi 2022-2024 Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) telah mengadakan acara penyerahan sumbangan di bawah Projek OKP Prihatin kali ke-3 bertempat di Ibu Pejabat Persatuan OKP, Kampung Anggerek Desa, Berakas, hari ini. 
     
    Hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama menjayakan acara berkenaan ialah Yang Di-Pertua Persatuan OKP, Pengiran Haji Norahalim bin Pengiran Haji Abdul Rahman, dan isteri. 
     
    Ketika ditemui Media Permata, Pengiran Haji Norahalim menjelaskan acara berkenaan merupakan acara pertama yang dilaksanakan oleh Persatuan OKP pada tahun ini di mana sumbangan itu berupa barangan asasi yang dikumpulkan hasil tabung Persatuan OKP sendiri yang diserahkan secara pandu lalu kepada seramai 252 orang ahli yang berdaftar di bawah persatuan tersebut. 
     
    “Dengan adanya acara sedemikian, ia secara tidak langsung mendidik ahli-ahli untuk saling berkongsi rezeki dalam kehidupan sehari-hari sekali gus mengeratkan lagi ikatan silaturahim dalam sama-sama menjayakan projek berkenaan,” ujarnya. 
     
    Di samping itu, beliau juga menambah, pelbagai aktiviti turut dirancang sepanjang tahun ini antaranya Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga OKP, Sambutan Hari Raya dan Majlis Penghargaan Bersama Rakan Strategi OKP, Sambutan Hari Keluarga dan sebagainya. 
     
    Ahli jawatankuasa tadbir tertinggi dan biro-biro sesi 2022-2024 Persatuan OKP bergambar kenangan semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN OKP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda