Tuesday, May 21, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    AJK takmir masjid adakan ceramah khas menjelang Ramadan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 15 MAC – Dengan hasrat tulus untuk menjalinkan lagi hubungan persaudaraan sesama Islam sekali gus menyemarakkan lagi syiar Islam di negara ini, sehubungan itu ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit Udal dengan kerjasama Tenaga Pembimbing Muslimah Masjid Kampung Bukit Udal, Masjid Kampung Layong, Masjid Kampung Penapar, Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, dan Masjid Kampung Bang Dalam telah mengadakan ceramah khas menjelang bulan Ramadan, baru-baru ini.

    Ceramah bertajuk Menuju ke arah Muslimah yang Lebih Baik yang diadakan di Masjid Kampung Bukit Udal itu telah disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat Dua, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid.

    Antara inti pati ceramah berkenaan ialah dengan kedatangan bulan Ramadan, umat Islam perlu bersyukur dengan memuji kepada Allah SWT kerana diberikan kesihatan iaitu salah satu nikmat terbesar yang diberikan kepada hamba-hambaNya serta diberikan kemampuan untuk melaksanakan amal ibadah pada bulan suci ini.

    Di samping itu, pengisian ceramah turut menekankan untuk terus melakukan amal kebajikan dengan menjauhi sifat menunjuk-nunjuk. Begitu juga sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa memiliki jiwa pemaaf atau jangan sesekali menyimpan dendam lebih-lebih lagi dalam meniti bulan mulia ini.

    Dengan adanya acara sedemikian, pihak penganjur berharap ia akan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan masyarakat Islam di negara ini dalam sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya dari semasa ke semasa.

    Awang Muhammad Yussof menyampaikan ceramah semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DAYANG NUR ZAHIRAH BINTI HAJI MUHD APONG
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran isytihar berkabung 5 hari

    TEHRAN, 20 MEI - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim...