Saturday, September 21, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen Jepun tubuh kumpulan untuk siasat UFO

    TOKYO, 29 MEI – Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau UAP yang juga dikenali sebagai UFO.

    Jiji Press melaporkan bahawa kumpulan Ahli Parlimen itu akan dipengerusikan oleh Yasukazu Hamada, ketua hal ehwal Parlimen Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.

    Bekas Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi, juga dari LDP akan bertindak sebagai setiausaha agung.

    Kumpulan itu akan mengadakan mesyuarat agung penubuhannya pada 6 Jun selepas mesyuarat persediaan kelmarin yang diadakan di badan legislatif Diet di Parlimen Jepun.

    Kerajaan Amerika Syarikat juga telah menubuhkan sebuah organisasi khusus dalam Jabatan Pertahanan untuk menyiasat UAP. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda