Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ailee bakal kahwin tahun depan

    Penyanyi Ailee dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya iaitu Choi Si Hoon pada 20 April tahun depan.

    Keputusan itu diambil selepas setahun mereka mengenali hati budi masing-masing.

    Syarikat pengurusan Ailee iaitu A2G Entertaiment turut mengesahkan khabar gembira tersebut.

    Katanya Ailee teruja untuk berkongsi khabar gembira itu kepada peminat selepas hubungan mereka mendapat restu keluarga.

    “Selepas berkenalan dan bercinta selama setahun mereka memutuskan untuk berkahwin berdasarkan kasih sayang dan kepercayaan mendalam.

    “Keputusan dibuat selepas mereka mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga,” katanya.

    Dalam pada itu, Ailee turut berjanji akan terus berkarya dan menghiburkan peminatnya.

    Malah dia juga gembira kerana dapat bertemu dengan insan yang sedia menjaganya.

    “Kefahaman dan kebijaksanaannya membuatkan saya ingin menghabiskan sisa hidup saya bersamanya.

    “Tolong sokong masa depan kami bersama, dan kami akan hidup bahagia selama-lamanya,” ujarnya.

    Sementara itu, Si Hoon merupakan seorang usahawan dan pernah muncul dalam program Single’s Inferno.

    Ailee dan Si Hoon secara terbuka kongsi hubungan mereka. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda