Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akan Tiba bantu Hannah Delisha bangkit

    Selepas tiga tahun tidak muncul dengan lagu baharu, pelakon Hannah Delisha mempertaruhkan single berjudul Akan Tiba khas buat peminat.

    Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, berkata, dia tertarik dengan lagu berkenaan kerana ia mempunyai kekuatan daripada segi irama dan lirik yang mampu membuatkan seseorang bersemangat.

    “Lagu Akan Tiba bukan lagu biasa sebab ia memberikan motivasi dengan mesej penuh inspirasi mengenai harapan dan kekuatan berdepan cabaran dengan penuh semangat.

    “Iramanya membangkitkan semangat dan mampu menambah keyakinan dalam diri pendengar yang mungkin sedang berdepan situasi sukar.

    Akan Tiba adalah sumber inspirasi dalam membangkitkan semangat juang untuk terus melangkah maju dalam meraih impian,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

    Dalam pada itu, Hannah memberitahu lagu ini juga bersifat peribadi kepadanya kerana ia membantu merawat kesedihan susulan mengalami keguguran awal tahun ini.

    Malah, besar harapannya agar peminat menerima baik lagu tersebut yang turut membawa sentuhan segar dan berbeza dalam landskap muzik tanah air.

    Akan Tiba merupakan ciptaan daripada komposer dan penulis lirik Faizal Tahir, Ja’a, Romeo dan Eugene Lai.

    Kali terakhir Hannah mengeluarkan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah. – Agensi

    Lagu Akan Tiba menguatkan semangat Hannah selepas alami keguguran. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda