Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hannah Delisha berhati-hati dalam adegan bersentuhan

    Selepas tiga tahun mengenakan hijab, pelakon Hannah Delisha mendedahkan bahawa dia sentiasa berhati-hati dalam adegan bersentuhan dalam setiap karya lakonannya.

    Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, mengakui perbuatan tersebut salah di sisi agama Islam namun tuntutannya sebagai seorang pelakon membuatnya tidak dapat mengelak dari melakonkan adegan seperti itu.

    “Saya tahu apa yang saya buat, iaitu bersentuhan dengan lelaki ketika berlakon adalah salah. Saya tahu hukumnya, tapi ini adalah kerja saya (berlakon). Saya juga ada bercakap dengan suami saya mengenai perkara ini,” katanya.

    Hannah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Andai Itu Takdirnya yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Kata Hannah, wataknya sebagai Aleya iaitu isteri kepada Syed Adam Aizril lakonan Shukri Yahaya di dalam drama mengangkat kisah keganasan rumah tangga itu sememangnya banyak adegan pukul yang kadang kala tidak boleh dielak untuk bersentuhan.

    “Walaupun apa yang saya lakukan itu salah, tapi saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan menyampaikan watak Aleya dengan baik,” kongsinya.

    Tambah Hannah, dia juga meminta izin terlebih dahulu daripada pelakon lelaki lain untuk adegan berpegangan bagi mengelakkan berlaku sebarang salah faham dan ketidakselesaan antara mereka. – Agensi

    Hannah Delisha hanya laksanakan tanggungjawab sebagai pelakon. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...