Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Sempena Bulan Pendidikan Sosial dan Melayu Islam Beraja, Jabatan Pendidikan Sosial dan Melayu di Sekolah Chung Hwa Kiudang, baru-baru ini, telah mengadakan Aktiviti Mengenali Makanan Tradisi Brunei dan Memasak Kuih Penyaram di perkarangan sekolah.
Objektif aktiviti berkenaan adalah untuk mendidik para pelajar mengenai makanan tradisi Melayu melalui aktiviti praktikal.
Semasa aktiviti itu, para pelajar juga membawa makanan tradisional mereka sendiri seperti Bahulu, Kelupis, Seri Muka, Puteri Mandi, Penyaram, Jala, Kusui dan banyak lagi.
Mereka juga pertama kali diperkenalkan dengan pelbagai jenis kuih tradisional Brunei dan kemudian diberi kuiz untuk menguji pengetahuan mereka di samping itu, Pertandingan Memasak Kuih Penyaram juga diadakan.
Pengetua sekolah, Loo Shee Yun dan guru menunjukkan serta berkongsi pengetahuan mereka tentang membuat penyaram kepada pelajar dan kemudian para pelajar turut bertanding untuk membuat penyaram mereka sendiri.
Pada akhir aktiviti, Loo Shee Yun menyampaikan hadiah bagi penyaram terbaik kepada tiga pelajar sekolah menengah atas dan pemenang kuiz.