Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al Hilal mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia

    JEDDAH, 13 MAC – Al Hilal dari Arab Saudi mencipta rekod dunia untuk kemenangan berturut-turut dengan kemenangan ke-28 untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia, kelmarin.

    Kemenangan 2-0 ke atas pasukan Al Ittihad juga dari Arab Saudi menyaksikan mereka melepasi rekod sebelumnya iaitu 27 kemenangan berturut-turut oleh pasukan kelas atas, yang dibuat oleh pasukan Wales, The New Saints pada 2016.

    Hilal yang berpangkalan di Riyadh, sudah pun menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah Liga Juara-Juara AFC dengan empat kejuaraan, melalui agregat 4-0 di Jeddah.

    Naib juara tahun lalu, Hilal menang dalam perlawanan kedua suku akhir di Stadium King Abdullah Sports City dengan jaringan separuh masa kedua daripada Yasser Al Shahrani dan Malcom dari Brazil.

    Hilal akan bertemu Al Ain dari UAE dalam empat perlawanan terakhir bulan depan berikutan kemenangan penentuan penalti juara 2003 menentang Al Nassr pada Isnin.

    Malam yang sengsara bagi Ittihad disimpulkan pada minit akhir waktu biasa apabila penyerang Abderrazak Hamdallah diberi kad kuning kedua kerana mencekik pertahanan Hilal, Ali Al Bulaihi.

    Pertembungan itu mencetuskan beberapa pergaduhan antara kedua-dua pasukan.

    Ittihad, pemenang Liga Juara-Juara pada 2004 dan 2005, kehilangan beberapa pemain utama.

    Karim Benzema, pemenang Ballon d’Or 2022 yang ditandatangani musim panas lalu dari Real Madrid, sekali lagi tidak beraksi akibat kecederaan, manakala pemenang Piala Dunia 2018, N’Golo Kante digantung selepas dibuang padang pada perlawanan pertama. – AFP

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda