Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz, Sinner mara ke suku akhir

    LONDON, 8 JULAI – Juara bertahan, Carlos Alcaraz dan pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner disasarkan akan bertembung pada separuh akhir Wimbledon manakala Lulu Sun yang tidak begitu dikenali menjadi wanita New Zealand pertama yang mara ke peringkat lapan terakhir di pusingan kedua Kelab All England.

    Pemain nombor tiga dunia, Alcaraz menewaskan pilihan ke-16 dari Perancis, Ugo Humbert 6-3, 6-4, 1-6, 7-5 untuk mara ke suku akhir Grand Slam buat kali kesembilan.

    Alcaraz akan menentang pilihan ke-12 Amerika Tommy Paul, yang menyingkirkan Roberto Bautista Agut, peserta separuh akhir 2019, 6-2, 7-6 (7/3), 6-2.

    Sementara itu, pilihan utama Sinner mara ke suku akhir dengan kemenangan 6-2, 6-4, 7-6 (11/9) ke atas pilihan ke-14 Amerika, Ben Shelton.

    Sinner, yang memenangi Grand Slam sulungnya di Terbuka Australia tahun ini, akan menentang pilihan kelima Rusia, Daniil Medvedev untuk menempah tempat ke separuh akhir dalam perlawanan ulangan akhir mereka di Melbourne.

    Prestasi terbaik Sinner di Wimbledon dicatat pada 2023 apabila dia tewas kepada Novak Djokovic di separuh akhir.

    “Ia perlawanan yang sukar, terutamanya set ketiga. Saya terpaksa menyimpan mata set. Perlawanan ini boleh berlangsung lama tetapi saya gembira untuk mengakhirinya dalam tiga set,” kata Sinner.

    Medvedev, peserta separuh akhir tahun lalu, mara apabila pilihan ke-10, Grigor Dimitrov bersara pada set pertama akibat kecederaan lutut. – AFP

    Sinner mengembalikan bola kepada Shelton semasa perlawanan pusingan keempat di kejohanan tenis Wimbledon di London pada 7 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda