Tuesday, March 11, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alia Bhatt belum beli rumah, bimbang terbeban hutang

    Walaupun memegang status sebagai salah seorang bintang Bollywood dengan pendapatan lumayan, namun pelakon Alia Bhatt masih belum mempunyai kediaman sendiri.

    Alia, 33, sebenarnya berasa ragu-ragu memiliki rumah sendiri kerana bimbang dengan bebanan pinjaman yang bakal ditanggung.

    “Alia kini telah menjadi seorang pelakon yang bagus dan bekerjaya.

    “Namun, dia masih tidak memiliki keinginan untuk membeli sebuah rumah kerana dia bimbang untuk membayar ansuran bulanan,” kata sumber mStar.

    Dalam pada itu, keputusan Alia ini mungkin dipengaruhi oleh perjalanan hidupnya yang penuh dengan cabaran sebelum dikenali dalam industri.

    Aliat Bhatt, pelakon terkenal Bollywood. – mStar

    Malah, sejak kecil lagi Alia sudah berdikari dalam membina kerjayanya dan sentiasa meneroka pelbagai watak untuk mengembangkan bakat lakonannya.

    “Alia sedang mencuba macam-macam peranan dalam kerjayanya untuk mengembangkan pengalaman dan kemahirannya.’

    “Sejak kecil, Alia telah melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya walaupun dibesarkan di sisi bapanya iaitu Mahesh Bhatt,” ujarnya.

    Untuk rekod, Alia berkahwin dengan aktor Ranbir Kapoor pada 14 April 2022.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Raha, yang kini berusia 3 tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda