Wednesday, December 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Syukri bawa diri ke Australia sebab bergaduh dengan isteri

    Susulan menghilangkan diri sebelum ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri rupa-rupanya melarikan diri ke Australia.

    Isteri usahawan itu, Datin Seri Shahida Mohd Rashid, 39, mendedahkan Aliff ke luar negara kerana merajuk selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

    “Sebenarnya kami bergaduh, selepas itu dia (Aliff) lari rumah,” katanya.

    Memetik kenyataan mStar, Shahida berkongsi perkara itu selepas ditanya penyanyi Ifa Raziah tentang punca Aliff gagal memunculkan diri di sebuah festival jualan raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Mac lalu.

    Ifa berkongsi video bertemu Shahida dan Aliff di Instagram miliknya hari ini.

    Shahida bagaimanapun tidak menjelaskan punca pergaduhan mereka sehingga Aliff membawa diri ke luar negara.

    Shahida mendedahkan Aliff merajuk ke luar negara. – mStar

    Dalam pada itu, Aliff pula memberitahu dia memang berada di luar negara dan tidak menghadiri semua jemputan yang dibuat kepadanya.

    “Saya memang tak pergi mana-mana acara. Saya di Australia,” jelasnya.

    Sementara itu, Ifa turut menegur Aliff yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila usahawan tersebut tidak hadir ke acara anjuran miliknya.

    “Geram saya tunggu 4 hari 3 malam selama 72 jam tapi dia (Aliff) tak datang,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda