Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Along Cham kembali bergelar suami

    Selepas lapan tahun memegang status duda, pelakon dan pelawak Along Cham akhirnya kembali bergelar suami dengan wanita pilihannya.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang diadakan di sebuah masjid.

    Memetik kenyataan mStar, Along bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.

    “Bismillah… Assalamualaikum Sayang.

    “Berkat doa kalian selama ini, terima kasih atas doanya,” katanya.

    Along berkongsi perkara itu melalui satu hantaran di Instagramnya pada petang kelmarin.

    Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 35, pada 23 Januari 2010.

    Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel, 13 tahun. – Agensi

    Along kini sekali lagi bergelar suami. – Beautifulnara
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda