Thursday, November 28, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amelia Christie cari lelaki baik hati dan sopan santun

    Enggan terus buat orang ramai berteka-teki, pelakon Malaysia, Amelia Christie mengesahkan beliau sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan aktor Sharnaaz Ahmad.

    Memetik laporan mStar, Amelia, 24, berkata, beliau kini kembali solo malah tidak mempunyai masalah menjawab pertanyaan mengenai status hubungannya.

    “Saya single. Saya okay dengan soalan itu sebab kita kena bagi tahu kita single,” katanya.

    Amelia berkongsi perkara itu semasa ditemu bual satu jenama tudung yang mengambilnya sebagai model.

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu juga dapat didengari suara menyatakan Amelia seakan mempromosikan dirinya.

    “Eh sempat menjual,” ujar mereka.

    Dalam pada itu, beliau juga mengakui mengidamkan seorang lelaki baik dan sopan santun sebagai pasangan hidup.

    “Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati,” katanya ringkas.

    Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Sharnaaz memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan beliau dan Amelia saling ‘unfollow’ akaun Instagram.

    Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus terhadap karier dan anak lelaki tunggalnya.

    Bagaimanapun, kenyataan Sharnaaz mengundang rasa kurang senang netizen apabila menyifatkan aktor itu seperti mempermainkan hati Amelia.

    Enggan mengeruhkan keadaaan, Sharnaaz juga menjelaskan terdapat salah faham dalam kalangan netizen mengenai hubungannya.

    Katanya, sejak awal lagi beliau tidak pernah mengiyakan hubungan cinta mereka.

    Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun. – Agensi

    Beberapa perkongsian Amelia Christie beri bayangan mahu mulakan hidup baharu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda