Gosip cinta antara pelakon Malaysia, Sharnaaz Ahmad bersama aktres baharu, Amelia Christie terus menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat mereka.
Memetik laporan mStar, Amelia, baru-baru ini, seakan memberi bayangan beliau mahu memulakan kehidupan baharu dipercayai selepas kisah cinta bersama Sharnaaz terkandas di tengah jalan.
“Ini adalah permulaan mencintai diri sendiri, selamat pulang,” katanya.
Amelia berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan beliau sedang menenangkan diri di sebuah pusat peranginan.
Malah beliau turut berkongsi beberapa gambar beliau sedang duduk di tepi pantai pusat peranginan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat buat Amelia.
Mereka juga mendoakan agar aktres berkenaan dipertemukan dengan seseorang lebih baik selepas ini.
“Tak apa Amelia, lebih baik sakit sekarang jangan kemudian hari bila dah bergelar isteri. Lagi makan hati.
“Orang baru akan sentiasa kalah dengan orang yang selamanya terikat dengan masa lalu.
“Sayang diri Amelia dulu, nanti akan jumpa orang lebih baik,” antara komen netizen.
Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Sharnaaz memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan beliau dan Amelia saling ‘unfollow’ akaun Instagram.
Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus terhadap karier dan anak lelaki tunggalnya.
Bagaimanapun, kenyataan Sharnaaz mengundang rasa kurang senang netizen apabila menyifatkan aktor itu seperti mempermainkan hati Amelia.
Enggan mengeruhkan keadaaan, Sharnaaz juga menjelaskan terdapat salah faham dalam kalangan netizen mengenai hubungannya.
Katanya, sejak awal lagi beliau tidak pernah mengiyakan hubungan cinta mereka.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd Noor pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun. – Agensi