Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amy Mastura kini bergelar ‘Hajah’

    Dalam diam-diam pelakon dan penyanyi Amy Mastura selamat menunaikan ibadah haji bersama keluarga pada Jun lalu.

    Kata Amy atau Amy Mastura Suhaimi, 53, dia memohon maaf kerana tidak berkongsi sebarang aktiviti sepanjang menunaikan haji kepada peminatnya.

    “Alhamdulillah kakak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun Islam yang kelima.

    “Semoga Allah menerima ibadah ini. Kakak minta maaf tak kongsi apa-apa masa kakak di Mekah,” katanya memetik laporan mStar.

    Amy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan dia bersama ahli keluarganya di Tanah Suci Mekah.

    Amy bergambar bersama suaminya ketika menunaikan ibadah haji. – mStar

    Dalam perkongsian tersebut dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantunya menyelesaikan ibadah tersebut.

    Menurut Amy, sepanjang berada di Tanah Suci itu pelbagai ujian terpaksa dilalui namun bersyukur dikelilingi dengan insan yang baik.

    “Dugaan memang banyak. Tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua.

    “Kakak juga sempat mendoakan buat peminat-peminat kakak supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan Allah SWT serta direzekikan untuk umrah atau haji nanti,” kongsinya.

    Perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Sha Na Na itu mengejutkan peminatnya.

    Rata-rata mereka memuji cara Amy yang dikatakan memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah sepanjang berada di sana. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda