Wednesday, December 4, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amyra alami keguguran

    Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli, 33, berkongsi berita sedih dalam Instagram apabila mengalami keguguran, baru-baru ini.

    Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram, Amyra berkongsi foto keputusan alat ujian kehamilannya yang positif.

    Namun, selang beberapa kemudian tiada sebarang garis kelihatan pada alat ujian kehamilannya.

    “Awak singgah sekejap saja dalam perut mommy, lepas tu awak pergi. Comel lah awak ni.
    “Tak ada rezeki, tak apa. Kita fokus rezeki yang ada sekarang dan shooting dulu. Lets go,” kata Amyra.

    Sementara itu, suami kepada Amyra yang juga pelakon Amar Baharin juga dilihat reda apabila hasrat menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian.

    Amar turut dilihat meninggalkan komen pada akaun Instagram isterinya.

    “Allah sebaik-baik perancangan untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah.

    “Insya-Allah terjaga iman Mommy. Love u sayang, be strong Mommy,” tulisnya.

    Amar dan Amyra berkahwin pada November 2016, hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 7, dan Ayra Aryssa, 4. – Agensi

    Amyra dan Amar reda apabila hasrat menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda