Anak bongsu pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah dilaporkan meninggal dunia petang kelmarin.
Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha meninggal dunia pada usia enam bulan.
Berita sedih itu dikongsikan Zaquan atau Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, 38, menerusi hantaran di Instastory miliknya.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi,” katanya.
Bagaimanapun Zaquan tidak berkongsi punca kematian anaknya itu.
Sebaliknya, Zaquan memohon agar orang ramai mendoakan dia dan isteri kuat hadapi dugaan yang menimpa mereka sekeluarga.
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” ujarnya.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees, lahir pada 2 Ogos tahun lalu.
Untuk rekod, Zaquan mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan enam cahaya mata lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/7-Zaquan_f.png)