Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak ikan paus terperangkap di lagun berjaya lepaskan diri

    OTTAWA, 28 APRIL – Seekor anak ikan paus pembunuh yatim piatu yang telah terperangkap selama berminggu-minggu dalam lagun di pulau Vancouver, telah berenang keluar dengan sendirinya pada Jumaat, kata suku kaum asli tempatan.

    Ehattesaht First Nation telah mengawasi anak ikan paus itu yang mereka namakan Brave Little Hunter selepas ibunya yang bunting mati di pantai berbatu pada akhir Mac lalu.

    Mereka, bersama pegawai-pegawai perikanan, telah membuat beberapa percubaan yang tidak berjaya untuk menangkap dan melepaskannya di perairan terbuka.

    Percubaan dilaporkan termasuk menggunakan anduh untuk mengangkutnya, memainkan bunyi paus pembunuh yang dirakam untuk menariknya keluar dari lagun itu, dan memainkan muzik biola.

    Kemudian, pukul 2:30 pagi waktu tempatan pada Jumaat, semasa air pasang, anak ikan paus itu ‘berenang melepasi jeriji pasir tempat di mana ibunya mati, di bawah jambatan, menyusuri Little Espinosa Inlet dan ke Esperanza (Inlet) dengan sendirinya,” kata Ehattesaht First Nation dalam kenyataan.

    Pasukan itu kemudiannya mengejar anak ikan tersebut di Esperanza Inlet, dengan harapan untuk ‘menggalakkannya keluar ke lautan terbuka di mana ia diharapkan akan menemui habitatnya.’

    Walaupun terdapat minat orang ramai terhadap nasib ikan itu dan usaha untuk menyelamatkannya, pihak berkuasa meminta semua orang kini menjauhi kawasan dan ikan paus itu untuk memudahkan pertemuan semula dengan habitatnya. – AFP

    Seekor anak ikan paus orca betina berusia dua tahun berenang di Little Espinosa Inlet dekat Zeballos, British Columbia pada 19 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda