Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Rita Rudaini kekal cemerlang dalam akademik

    Anak sulung pelakon Rita Rudaini terus menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila muncul sebagai penerima Anugerah Pengetua Maktab Rendah
    Sains Mara (MRSM) Sungai Besar pada Khamis.

    Airit Rayyan Rizqin, 16, berjaya mengekalkan keputusan cemerlang dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.78 dalam peperiksaan semester.

    Kata Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 49, dia sering menitipkan pesan kepada anaknya itu agar tidak meninggalkan solat dan membaca Al-Quran sebagai resipi kecemerlangan.

    “Anugerah Pengetua MRSM SUBES, Alhamdulillah 3.78 (keputusan). Tahun ini adalah tahun paling mencabar kata Ryan.

    “Insya-Allah dengar cakap mommy, dengar cakap ustazah dan guru-guru. Jangan tinggal solat.

    Rita sering menitipkan pesan kepada Rayyan untuk tidak meninggalkan solat. – mStar

    “Bersahabat dengan Al-Quran, insya-Allah berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

    Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam perkongsian itu juga, Rita turut memuat naik video memaparkan anak sulungnya itu naik ke atas pentas untuk menerima anugerah.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian kepada pelakon berkenaan kerana berjaya mendidik anak dengan baik.

    “Ibu hebat, anak pun hebat. Alhamdulillah, moga terus cemerlang.

    “Tahniah anak, tahniah membanggakan ibumu yang banyak berkorban.

    “Alhamdulillah, terbaiklah didikan seorang ibu hebat,” tulis warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda