Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak yatim, istimewa dihargai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Seramai 12 orang anak yatim yang berusia antara empat hingga 16 tahun bersama-sama lapan orang kanak-kanak kurang bernasib baik yang dipilih oleh Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam (Pusat Ehsan)telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara istimewa anjuran bersama Suzuki Brunei dan Sugarbun Brunei yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki Gadong, hari ini.

    Dalam acara istimewa berkenaan, kanak-kanak yang dijemput telah dialu-alukan dan diraikan dengan pelbagai hidangan juadah dan aktiviti-aktiviti permainan yang menarik.

    Dalam kata alu-aluannya, Pengurus Pemasaran Suzuki Brunei, Awang Adelhelmie Jaafar berkata acara istimewa itu dihasratkan untuk menunjukkan kepada kanak-kanak berkenaan bahawa mereka disayangi dan diberikan sokongan berterusan.

    Beliau menyatakan bahawa mereka bukan ditentukan oleh keadaan mereka tetapi oleh kekuatan dan daya tahan mereka.

    Suzuki Brunei dan Sugarbun Brunei bekerjasama dengan Pusat Ehsan untuk menyokong keperluan individu-individu kurang bernasib baik di Brunei.

    Dengan melibatkan kanak-kanak yang dipilih oleh Pusat Ehsan, acara itu bertujuan untuk mengembangkan impaknya kepada mereka yang mungkin berhadapan dengan cabaran tambahan dalam kehidupan mereka.Matlamat utama kolaborasi berkenaan adalah untuk membawa keriangan, kegembiraan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada kehidupan kanak-kanak yang memerlukan.

    Seorang kanak-kanak istimewa gembira memenangi hadiah pada acara anjuran Suzuki Brunei dan Sugarbun Brunei di Dewan Pameran Suzuki, Gadong, kelmarin. Acara itu menyokong dan mempamerkan kasih sayang untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan anak yatim di negara ini. – Gambar oleh Sim Y.H
    Kanak-kanak yang diraikan bersama ibu bapa mereka bergambar ramai dengan pegawai dan kakitangan Suzuki Brunei dan Sugarbun Brunei pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda