Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ancaman ganas, samseng selubungi Piala Dunia Rusia

    MOSCOW – Rusia telah mengerahakn sistem pertahanan udara dan membuat pemeriksaan latar belakang penyokong dengan ketat dalam satu operasi menyeluruh bagi menangani ancaman serangan ganas dan samseng di Piala Dunia.

    Negara itu sudah berada di bawah kawalan polis apabila ia secara kontroversinya diberikan hak untuk menghoskan Piala Dunia pada tahun 2010, tetapi tindakan keras selepas itu menyaksikan samseng mula bersembunyi dan pengaruh pernigaan bagi operasi kilang yang memproses bahan-bahan berbahaya mula berkurang kerana bimbang mereka mungkin diserang.

    Para penyokong yang membuat perjalanan ke Rusia diminta membuat pendaftaran kepada polis mengenai ketibaan mereka di salah sebuah daripada 12 buah bandar hos, bahkan lalu lintas bot juga dikawal bagi memudahkan pihak berkuasa menjejaki semua yang bergerak.

    Sekurang-kurangnya 30,000 anggota keselamatan akan berada di merata-rata tempat di seluruh Moscow semasa sepak mula Rusia menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki esok.

    Beberapa jet pejuang akan dalam keadaan bersedia berdekatan ibu negara dan pertahanan udaranya juga dalam keadaan berwaspada bagi mana-mana pesawat yang mencurigakan.

    Para penganalisis berkata skala Piala Dunia menjadikannya sasaran mudah bagi serangan ganas. – AFP
    Gambar fail pada 9 Mei 2018 menunjukkan ratusan anggota polis Rusia menjalani latihan keselamatan di pintu masuk Volgograd Arena sebagai persiapan bagi situasi sebenar Piala Dunia. – AFP

    “Selepas persiapan selama bertahun-tahun, kami telah mencipta pelan keselamatan yang jelas,” kata timbalan ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia bagi keselamatan domestik, Alexei Lavrishchev.

    “Kami sedia untuk menghalang dan mengatasi apa sahaja ancaman keselamatan.”

    Sasaran mudah

    Sebanyak 64 perlawanan yang disiarkan di seluruh dunia akan memberikan Presiden Vladimir Putin peluang untuk menunjukkan bahawa Rusia sebagai sebuah negara moden, yang mendapat semula status kuasa besar daripada era Soviet.

    Tetapi bukan Putin seorang yang mahu mengambil kesempatan terhadap platform luar biasa Piala Dunia.

    Pakar keselamatan sedar kumpulan IS mengancam untuk membuat kehadirannya terasa di Rusia.

    Propaganda IS mula memuatnaik beberapa gambar di media sosial akhir tahun lepas, menunjukkan bintang dunia Lionel Messi dan Neymar berpakaian serba jingga, pakaian yang sering digunakan bagi merakam video pemancungan.

    Para penganalisis berkata skala Piala Dunia menjadikannya sasaran mudah meskipun jika Rusia tidak melancarkan kempen pengeboman bagi menyokong presiden Syria, Bashar al-Assad pada September 2015.

    Tetapi peranan Rusia dalam memerangi IS dan kumpulan militan lain di Chechnya dan kawasan lain majoriti Muslim, di mana utara Caucasus menjadi sasaran utama.

    Dalam beberapa bulan menjelang kejohanan itu, TV negeri Rusia kerap menyiarkan imej operasi pertempuran menentang militan olok-olok, yang berakhir dengan suspek-suspek terbaring berlumuran darah atau membuat pengakuan.

    Rusia juga telah menjadi saksi siri pengeboman berani mati yang didakwa oleh pelampau Islam, yang telah mengorbankan berpuluh-puluh orang dalam pengangkutan awam dalam tempoh lapan tahun lepas.

    Polis Rusia telah melaksanakan pemeriksaan latar belakang dengan bantuan rakan sejawatan mereka dari negara lain dan membanteras mana-mana pencetus masalah yang berpotensi. – AFP
    Sekurang-kurangnya 30,000 anggota keselamatan berada di merata-rata tempat di seluruh Moscow sejak sepak mula Piala Dunia. – AFP

    “Terdapat beberapa plot serangan ganas yang berjaya atau digagalkan di Rusia, yang dikaitkan dengan atau diinspirasikan oleh IS,” menurut laporan Akademi Ketenteraan AS yang disediakan oleh pusat anti-keganasan baru-baru ini.

    “Ini mencadangkan kumpulan itu mempunyai kapasiti untuk melancarkan serangan di Rusia semasa Piala Dunia.”

    Samseng jalanan

    Samseng sangat ganas namun masalah itu kerap dibiarkan di Rusia sehingga 150 orang penyokong pasukan, sebahagian besarnya botak dan berbadan sasa, berkelahi dengan penyokong Inggeris di pelabuhan Perancis, Marseille semasa Euro 2016.

    Kejadian berdarah itu mengejutkan Eropah dan menyaksikan penyokong Rusia mengatakan diri mereka sebagai raja neraka bola sepak.

    “Ia seperti menewaskan Brazil dalam bola sepak,” kata seorang penyokong yang terlibat, Andrei kepada AFP.

    Andrei dan berpuluh-puluh lain, yang berkelahi dengan Inggeris sejak itu telah menghabiskan masa di penjara Rusia atau dipaksa menandatangani janji-janji polis untuk tidak melakukan sebarang masalah dalam beberapa minggu akan datang.

    Tidak ramai yang mengatakan bahawa samseng Rusia sanggup mengambil risiko untuk memalukan Putin ketika dunia sedang melihat.

    Para penganjur juga sedaya upaya mengetepikan elemen-elemen yang tidak dimahukan dengan memperkenalkan kad ID penyokong, yang semua orang perlu dapatkan bersama dengan satu tiket.

    Polis Rusia telah melaksanakan pemeriksaan latar belakang dengan bantuan rakan sejawatan mereka dari negara lain dan membanteras mana-mana pembuat masalah yang berpotensi.

    Hampir 500 orang sudah ditolak kemasukan mereka.

    Namun agak sukar untuk mengekang sekumpulan penyokong yang bersemangat patriotik daripada perkelahian kecil sesama sendiri atau penduduk setempat hilang pertimbangan.

    Pegawai atas polis bola sepak Britian mungkin terfikirkan perkara itu, apabila dia memberi amaran kepada kira-kira 10,000 orang penyokong England yang membuat perjalanan ke Rusia agar jangan mengibarkan bendera St George.

    “Saya fikir mereka perlu berhati-hati dengan bendera,” kata Mark Roberts. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda