YEKATERINBURG, 28 Jun – Jurulatih Sweden, Janne Andersson ‘sangat bangga dan teruja’ dengan keazaman pasukannya menewaskan Mexico 3-0 untuk layak ke peringkat 16 terakhir Piala Dunia lewat semalam.
Andersson menjadi arkitek dalam kemaraan Sweden ke pusingan kalah mati sebagai pemenang Kumpulan F, di mana Mexico menjadi pemenang kedua apabila juara Jerman tersungkur keluar selepas tewas kepada Korea Selatan.
“Kami telah melakukan tugas yang sangat baik dalam perlawanan ini,” katanya.
“Saya sangat bangga dan teruja melihat bagaimana pasukan beraksi di padang, sangat berdisiplin. Saya fikir kami semakin meningkat sejak perlawanan terakhir kami.”
Andersson berkata ia ‘sukar untuk menjelaskan’ emosinya apabila Andreas Granqvist menyempurnakan penalti di antara gol pembukaan Ludwig Augustinsson dan jaringan sendiri Edson Alvarez.
“Saya terlupa untuk meraikan jaringannya, saya sudah bersedia untuk meneruskan perancangan saya. Anda tidak pernah akan pasti apa-apa dalam sukan ini, namun dia sangat bagus dalam melaksanakan tugas penalti.”
Dia menambah, “Saya tidak akan duduk di sini dan bersorak setelah memenangi satu perlawanan, kami mempunyai pendekatan asas dari awal lagi, itu yang kami rujuk untuk keseluruhan.”
Sweden, yang mara ke Piala Dunia dengan menewaskan Itali pada playoff, akan bermain menentang Sweden, yang merupakan pemenang kedua Kumpulan E. – AFP