Monday, October 14, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anggota Riize terima kembali Seunghan lepas lama berbincang

    Salah satu anggota Riize iaitu Wonbin menegaskan keputusan memasukkan semula Seunghan dalam kumpulan tersebut dibuat menerusi perbincangan mendalam bersama semua pihak.

    Meskipun bukan mudah, Wonbin percaya keputusan itu adalah terbaik selepas mengambil kira pelbagai faktor.

    “Saya rasa kalau kami tidak cakap apa-apa, ia akan membawa kepada lebih banyak kekeliruan. Kami sudah berbincang panjang bersama Seunghan dan syarikat pengurusan, semua anggota pun sudah fikir masak-masak tentang hal ini. Jadi saya harap semua peminat faham dengan keputusan yang kami buat,” katanya.

    Wobin menjelaskan perkara itu menerusi hantaran mesej kepada peminat menerusi aplikasi Weverse kelmarin.

    Dalam pada itu, Wonbin meminta maaf sekiranya keputusan diambil tidak menggembirakan hati peminat yang menggelarkan diri mereka Briize.

    Bagaimanapun dia berharap penjelasannya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan peminat terhadap status kumpulannya.

    “Kami sentiasa mahu buat peminat gembira, tetapi kami minta maaf jika kami gagal. Sekurang-kurangnya apa saya katakan ini dapat menyenangkan hati para peminat dan kurangkan kebimbangan awda,” ujarnya.

    Sebelum ini, kemunculan semula Seunghan menyertai Riize menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sehingga ada bertindak menghantar jambangan bunga kematian untuk penyanyi itu.

    Nama Seunghan sebelum ini menjadi bualan ramai selepas tersebar foto dia menghisap rokok di tempat awam ketika di Jepun dan gambar kontroversi dia bercium dengan seorang wanita sehingga menimbulkan rasa kurang senang peminat. – Agensi

    Peminat menghantar bunga kematian tanda kurang senang susulan kemunculan semula Seunghan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda