Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian COVID Brunei kini 84

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Satu kes yang telah disahkan positif COVID di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.

    Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, kes tersebut telah dikategorikan sebagai kematian disebabkan oleh COVID.

    Beliau memaklumkannya semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Kes ini juga telah menerima dua dos vaksin COVID-19,” kongsi Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

    “Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dalam menghadapi pemergiannya.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda