Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian insiden di Caracas meningkat

    CARACAS, 20 Jun – Pihak berkuasa Venezuela kelmarin menyemak semula dengan mencatatkan 18 angka kematian selepas insiden di kelab Caracas yang dipenuhi orang ramai pada hujung minggu.

    Kematian itu datang selepas pergaduhan berlaku ketika parti graduan sekolah menengah dan seseorang meletupkan gas pemedih mata, menyebabkan lebih dari 500 orang bergegas untuk keluar, kata Menteri Dalam Negeri dan Keadilan Nestor Reverol.

    “Kanister gas pemedih mata tidak menyebabkan kematian 18 orang ini,” katanya kepada wartawan.

    “Ia merupakan percubaan membunuh 500 orang di tempat yang tidak mempunyai laluan pemindahan yang mencukupi.

    Pada Sabtu lalu, Reverol telah berkata lapan yang tercedera terbunuh dalam kejadian itu.

    Dia juga kelmarin berkata lapan orang telah ditahan berkaitan dengan kes itu, termasuk seorang remaja yang ‘mengaku’ telah melepas gas pemedih mata.

    Terdapat beberapa insiden dengan gas pemedih mata sepanjang tahun lalu di Venezuela, tetapi tidak meragut sebarang nyawa.

    Negara ini bergelut dengan krisis ekonomi dan tekanan yang teruk bagi Presiden Nicolas Maduro untuk melewat jawatan, di tengah krisis kejatuhan harga minyak, yang telah menyebabkan kekurangan makanan dan bekalan perubatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda