Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Antetokounmpo akhiri penantian

    PIRAEUS, 8 JULAI – Giannis Antetokounmpo memimpin Greece ke Olimpik kelmarin setelah bangkit daripada permulaan yang lembap untuk menjaringkan 23 mata dalam kemenangan kejohanan kelayakan 80-69 ke atas Croatia di Piraeus.

    Perlawanan itu merupakan satu daripada empat perlawanan akhir kelmarin untuk menentukan kelayakan terakhir bagi kejohanan bola keranjang lelaki Paris.

    Di Riga, Brazil menewaskan tuan rumah Latvia 94-69. Manakala di Valencia, Sepanyol mengatasi Bahamas 86-78.

    Dalam kejohanan Olimpik di Lille, Greece dan Sepanyol akan bermain dalam Kumpulan A bersama Australia dan Kanada. Brazil akan berada dalam Kumpulan B bersama Perancis, Jerman dan Jepun.

    Tempat terakhir kelayakan dalam Sukan Olimpik dimenangi oleh tuan rumah Puerto Rico, yang menewaskan Lithuania 79-68 di San Juan.

    Puerto Rico mara ke Kumpulan C Olimpik bersama Amerika Syarikat, Sudan Selatan dan Serbia.

    Sebelum kejohanan kelayakan bermula, Antetokounmpo tidak bermain secara kompetitif sejak megalami kecederaan kaki pada 9 April lalu semasa beraksi untuk Milwaukee Bucks.

    Bagaimanapun, dia telah kembali pada pembukaan kejohanan di Piraeus 2 Julai lalu dan walaupun dia direhatkan untuk perlawanan kedua Greece, akhirnya berjaya meraih anugerah pemain paling berharga pada kejohanan itu. – AFP

    Antetokounmpo (kanan), bersaing dengan Nebo semasa perlawanan bola keranjang kejohanan Acropolis, di stadium tertutup Peace and Friendship di bandar pelabuhan Athens, Piraeus pada 6 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda