LONDON, 27 Jun – Juara heavyweight dunia, Anthony Joshua telah diberikan masa selama 24 jam untuk memutuskan bersetuju atau tidak bertarung dengan Alexander Povetkin dari Rusia atau berdepan dengan pelucutan salah satu daripada gelarannya.
Joshua menambah gelaran World Boxing Organisation hingga ke World Boxing Association (WBA) dan International Boxing Federation yang sudah dimilikinya apabila dia menewaskan Joseph Parker dari New Zealand di Cardiff pada Mac lalu.
Sejak itu, penganjur Joshua, Eddie Hearn cuba untuk mengadakan perlawanan dengan juara heavyweight WBA, Deontay Wilder tetapi belum memeterai perjanjian dengan juara dari Amerika Syarikat itu.
Tetapi WBA sudah serik dengan menunggu dan kini memberitahu Joshua bahawa dia perlu bertarung dengan Povetkin, pesaing utamanya.
Presiden WBA, Gilberto Mendoza dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin berkata: “Hari ini WBA telah menuntut jawapan daripada pasukan Anthony Joshua berhubung dengan pertarungan dengan Alexander Povetkin. “WBA telah membenarkan lebih sebulan lanjutan untuk berunding dengan Povetkin dan rundingan yang sedang berlangsung dengn Deontay Wilder. – AFP