Oleh Zanyra Dawoud
REKAAN fesyen klasik sebagaimana yang pernah digayakan oleh Lady Macbeth memang kelihatan sangat elegan, feminin. eksklusif dan setentunya menjadikan penampilan seseorang wanita itu kelihatan cukup mewah.
Justeru, pereka fesyen berbakat besar Antonio Berardi telah mengambil inspirasi gaya klasik sebagaimana yang pernah digayakan oleh ikon fesyen tersebut dengan menyelitkan sentuhan moden.
Gaya feminin setentunya tidak terlepas daripada menerapkan unsur gaun panjang dan juga skirt.
Namun sentuhan moden yang telah diterapkan turut menampilkan beberapa gaya yang dilengkapi dengan jaket, seluar panjang dan juga jumpsuit.
Antara ciri klasik yang dapat dilihat dalam koleksi fesyen terbaru daripada Antonio Berardi ini adalah konsep rekaan kolar leher yang tinggi, gaun panjang labuh dan skirt kembang.
Manakala, fabrik yang digunakan pula setentunya adalah terdiri daripada koleksi yang terpilih seperti sutera, lace dan juga kashmir sehingga membuatkan wanita yang menggayakan akan kelihatan mewah, elegan dan feminin.
Justeru, bagi wanita yang ingin tampil dengan gaya klasik yang turut diberikan dengan sentuhan moden, koleksi fesyen terbaru daripada Antonio Berardi adalah sesuai untuk digayakan.