Sunday, December 1, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anzalna beri bayangan berlakon semula

    Selepas enam tahun tidak berlakon, Anzalna Nasir memberi bayangan membuat kemunculan semula di pentas seni, tahun depan.

    Bagaimanapun, Anzalna masih berbelah bahagi kerana bimbang meninggalkan dua cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees, 5, dan Mohamad Emirhan, 2.

    Lama meninggalkan kerjaya lakonan bagi memberi fokus kepada dua anaknya itu, wanita berusia 36 tahun itu mengakui masih menerima tawaran berlakon hingga hari ini.

    “Sebelum ini, saya pernah beritahu mahu menunggu anak bersekolah dan pandai bercakap, barulah saya bersedia untuk kembali berlakon.

    “Bukan apa, sekiranya terjadi sesuatu kepada mereka, bolehlah mereka mengadu pada saya. Tahun depan Eidrees pun bakal berusia 6 tahun dan Emirhan pun sudah pandai bercakap.

    “Keinginan untuk kembali berlakon memang ada, tapi tengoklah tahun depan. Hati saya mudah berbolak balik. Jika berlakon sekali pun, mungkin tidak boleh terima tawaran macam dahulu kerana keutamaan saya adalah pada anak-anak dan suami,” katanya kepada BH Online.

    Tambah Anzalna, selain keluarga, dia ingin memberi fokus kepada perniagaan. Malah, dia kini mula berjinak-jinak menjayakan sesi langsung di TikTok menjual produk penjagaan rambut.

    Apa yang tidak disangka pelakon drama Memori Cinta Suraya itu apabila kemunculannya di TikTok membuka pintu rezeki apabila dia, suami dan anak-anak dilamar menjadi duta jenama pakaian.

    “Saya sebenarnya ‘introvert’ dan tidak pandai gunakan Tiktok serta tidaklah begitu aktif. Tetapi atas nasihat rakan, tidak sangka pula ia membuka pintu rezeki apabila banyak produk lain mengajak saya bekerjasama,” katanya. – Agensi

    Anzalna masih menerima tawaran berlakon biarpun sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda