Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AR Rayyan tawar pendidikan untuk anak autisme

    PUTRAJAYA, 21 Jun – Berlandaskan keperluan menunaikan tuntutan fardu kifayah terhadap golongan istimewa, Akademi Al-Quran Ar Rayyan terus komited memperkenalkan program pendidikan Al-Quran dan ibadah khas untuk anak-anak autisme.

    Diperkenalkan pada 2017 dengan permulaan hanya dua orang murid, kini akademi yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima seramai 40 murid autisme untuk program khas berkenaan, menggunakan modul Al-Quran dan Ibadah untuk Anak-anak Istimewa (QurANIS) yang dibangunkan oleh Yayasan Faqeh di Negeri Sembilan.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Quran Ar Rayyan, Aidil Fadzli Mesran berkata program tersebut diwujudkan bertitik tolak apabila beliau sendiri yang mencari kelas pembelajaran agama khas untuk anak lelakinya, Ar Rayyan yang menghidap autisme. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda