Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ara seronok jadi puteri salju

    Sering menonton cerita fantasi dan dongeng termasuk Snow White atau Puteri Salju sejak kecil, Ara Johari mengaku mudah meresap dalam watak puteri seperti dilakonkan dalam video muzik single baharu, Sumpahan Salju.

    Selain watak puteri, Ara melakonkan dua lagi watak termasuk ibu tiri di dalam video muzik berkenaan.

    Karakter puteri yang dilakonkan Ara mendapat suntikan berbeza dengan pertembungan budaya timur dan barat.

    Ara atau nama penuh, Nurfarrah Izzatie Johari, berkata Puteri Sajlu dilakonkan mempunyai sentuhan Jawa seiring dengan konsep muzik dalam lagu itu.

    “Pada mulanya canggung melakonkan watak puteri. Namun, dengan bantuan pasukan kerja produksi dan penari, ia membantu saya membawakan watak itu.

    Ara berhias cantik persis puteri dalam klip video Sumpahan Salju. – Agensi

    “Tidak dinafikan apabila berpeluang melakonkan karakter begitu, agak ‘feeling’. Maklumlah, tidak pernah berlakon jadi puteri,” katanya kepada BH Online.

    Klip video Sumpahan Salju dirakamkan di beberapa lokasi di Selangor iaitu di Pantai Morib dan Bagan Lalang.

    Tambah Ara yang juga artis naungan Rocketfuel Entertainment, pengalaman berlakon dalam dua produksi program televisyen (TV) membantunya menghayati watak puteri.

    Sumpahan Salju dicipta Ziin dengan lirik nukilan Jerry. Empat bulan lalu, Ara muncul dengan lagu Keliru ciptaan Malique.

    Mengulas mengenai tempoh singkat untuk kedua-dua lagu diperdengarkan, Ara berkata, “Biarpun ia dihasilkan dalam tempoh yang singkat, saya anggap ini ruang terbaik untuk peminat sedar kewujudan kedua-dua single berkenaan,” katanya.

    Bercerita mengenai single Sumpahan Salju, Ara memberitahu, kerja rakaman dibuat dalam masa tiga jam sahaja.

    Tambah Ara, lagu itu ibarat penceritaan kisah dongeng masyhur seantero dunia yang dilatari muzik tradisional Jawa.

    “Single ini diberi nafas moden yang diperkemaskan lagi dengan adunan nuansa pop rancak dalam elemen ‘trap’ yang menambah rasa mendebarkan.

    “Lagu ini adalah sebuah adaptasi daripada cerita dongeng kanak-kanak yang popular iaitu Snow White. Kalau diamati bait-bait liriknya, pasti mengerti dengan jalan cerita lagu ini,” katanya yang teruja mencba sesuatu yang baharu.

    Lagu Sumpahan Salju boleh distrim di platform penstriman terpilih manakala video muzik boleh ditonton di YouTube. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda