Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi umum lima inisiatif hijau tambahan

    RIYADH, 5 DIS – Arab Saudi Selasa lalu mengumumkan lima inisiatif hijau baharu bernilai AS$60 juta, sebagai tambahan kepada 86 inisiatif sedia ada dan menjadikan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah AS$188 bilion.

    Lima inisiatif itu ialah menanam jutaan pokok, termasuk pokok bakau, menyemai 300 juta anak benih, mengembalikan kesuburan tanah, mengurangkan pencemaran udara dan memperbaiki kepelbagaian biologi di Arab Saudi.

    Perkara itu diumumkan pada hari pertama Forum Inisiatif Hijau Arab Saudi ke-4 sempena Persidangan Pihak-pihak ke-16 (COP16) Konvensyen Desertifikasi (penggurunan) PBB (UNCCD) yang bertemakan Tanah Kita: Masa Depan Kita.

    Forum yang dirasmikan Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman bin Abdulaziz itu turut mengumpulkan pakar, pembuat polisi, tokoh kenamaan dan saintis pelbagai bidang tempatan dan antarabangsa, bagi membincangkan penggunaan semula tanah, pengurangan pelepasan karbon, teknologi hijau, perubahan iklim dan sebagainya.

    Menurut agensi berita Arab Saudi (SPA), Riyadh menggariskan tiga tonggak asas bagi menjaga kelestarian alam sekitar berdasarkan Konvensyen Rio, iaitu pengurangan pelepasan karbon, menghalang desertifikasi dan pemeliharaan ekosistem alam semula jadi. – Bernama

    Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, bergambar ramai semasa Sidang Kemuncak Satu Air di Riyadh pada 3 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda