Thursday, January 30, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal menang rayuan terhadap isu kad merah Myles

    LONDON, 29 JAN – Arsenal menang rayuan terhadap kad merah yang dilayangkan kepada Myles Lewis-Skelly dalam kemenangan 1-0 ke atas Wolves Sabtu lalu, bermakna pemain berusia 18 tahun itu terlepas daripada penggantungan tiga perlawanan.

    Pemain pertahanan kiri itu dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama di Molineux kerana menjatuhkan Matt Doherty ketika Wolves melakukan tendangan sudut.

    Pengadil perlawanan, Michael Oliver, tidak diminta untuk meyemak semula insiden itu pada VAR di mana tindakannya itu telah mengecewakan pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

    “Jelas sekali (saya) sangat gembira kerana keputusan itu telah dibuat dan Myles akan bermain untuk kami,” kata Arteta pada sidang media kelmarin menjelang pertembungan Liga Juara-Juara di mana Arsenal akan menentang Girona.

    Bekas kapten England, Alan Shearer, adalah salah seorang daripada beberapa pengkritik lantang terhadap kad merah itu, menyifatkannya sebagai ‘salah satu keputusan paling teruk yang pernah berlaku sejak sekian lamanya.’

    Persatuan Bola Sepak berkata dalam satu kenyataan, “Suruhanjaya kawal selia bebas telah mengekalkan tuntutan terhadap kesilapan berhubung dengan Myles Lewis-Skelly dan menghapuskan penggantungan tiga perlawanannya.” – AFP

    Aksi Myles mengasari Doherty yang membawa kepada kad merah semasa perlawanan bola sepak di Stadium Molineux, Wolverhampton, England pada 25 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda