Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS gesa Turki kukuhkan demokrasi

    WASHINGTON, 26 Jun – Amerika Syarikat (AS) menyambut pemilihan semula Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dengan sedikit keghairahan semalam, menggesa langkah mengukuhkan demokrasi di negara itu dilaksanakan.

    Jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders berkata, Presiden Donald Trump mencari masa sesuai untuk bercakap dengan Erdogan selepas kemenangan yang memberi pemimpin Turki itu kuasa baharu penuh.

    “Kami sedang berusaha mencari masa sesuai menghubungkan kedua-dua presiden bagi mengesahkan hubungan. Kami menggalakkan Turki mengambil langkah mengukuhkan demokrasi dan meneruskan perkembangan ke arah menyelesaikan isu dalam hubungan dua hala,” kata Sanders kepada media.

    Washington dan Ankara adalah sekutu NATO sekian lama namun hubungan itu semakin tegang dengan Erdogan dan penyokongnya mengambil pendekatan retorik anti-AS ketika berkempen.

    Turki membantah sokongan tentera AS terhadap militia Kurdis YPG di Syria dan menuntut Washington mengekstradisi ulama kelahiran negara itu, Fethullah Gulen yang menetap di Pennsylvania serta dituduh mendalangi cubaan rampasan kuasa gagal dua tahun lalu.

    Erdogan disambut oleh penyokongnya ketika dia meninggalkan stesen pengundian di Istanbul pada 24 Jun lalu. AS menyambut pemilihan semula Erdogan dengan sedikit keghairahan semalam, menggesa langkah mengukuhkan demokrasi di negara itu dilaksanakan. – AFP

    AS sebaliknya menggesa pembebasan warganya dan kakitangan misi yang dipenjarakan di Turki dalam apa yang digelar ‘perbuatan keganasan’.

    “Kami menghormati keputusan pengundi Turki dan bersedia ke arah hubungan lebih kukuh dengan Presiden Erdogan ketika menyertai cabaran bersama.

    “Kami menggesa semua perwakilan dipilih Turki termasuk Presiden Erdogan untuk mewakili pandangan meluas semua rakyat Turki dan mengukuhkan demokrasi,” kata Jabatan Negara.

    Kesatuan Eropah juga agak dingin memberi maklum balas, namun Erdogan langsung tidak terkesan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda