WASHINGTON, 31 Okt – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hari ini bahawa ia telah memberi amaran kepada warga AS tentang risiko perjalanan ke Niger akibat “aktiviti pengganas, penculikan dan jenayah yang tinggi.”
Warga AS harus menghindari perjalanan ke wilayah sempadan Niger dengan Libya, Mali, Nigeria dan Chad kerana “kegiatan oleh pelbagai kumpulan ekstremis,” kata Jabatan Negara dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari itu.
Jabatan Negara berkata ancaman itu datang dari al-Qaida, kumpulan Islamic State (IS), Boko Haram dan lain-lain. – Xinhua