Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS ‘sedia’ hadapi Omicron

    WASHINGTON, 22 DIS – Presiden Joe Biden kelmarin telah memberitahu penduduk Amerika Syarikat (AS) risau mengenai penularan varian Omicron yang merebak dengan pantas dan negara ‘bersedia’ untuk membendungnya.

    Sementara itu, Israel mengumumkan mengenai dos keempat bagi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas serta petugas kesihatan.

    Omicron, ketika ini dikesan di puluhan buah negara, menunjukkan ia mudah menjangkiti berbanding dengan strain awal koronavirus, walaupun dapatan awal menunjukkan ia tidak memberikan kesan lebih buruk berbanding varian Delta.

    Penularan pantas ke seluruh dunia telah menyebabkan beberapa kerajaan terpaksa melaksanakan semula sekatan menjelang cuti perayaan, dengan harapan pandemik teruk ini berakhir, atau menilai semula rancangan untuk memberhentikan penularan.

    “Kami dapat lihat cabaran baharu akan muncul,” amaran daripada pengarah serantau Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Hans Kluge.

    Di Washington, Biden telah mengumumkan langkah-langkah baharu bagi AS melawan peningkatan kes COVID-19 yang baharu, termasuk membawa masuk setengah bilion alat uji, bermula Januari ekoran dengan masalah ujian hari Krismas yang serius.

    “Kami semua patut bimbang dengan Omicron tapi jangan cemas,” kata Biden dari Rumah Putih, meyakinkan orang ramai bahawa varian tersebut tidak akan membuat negara kembali seperti Mac 2020.

    “Kami bersedia, kami lebih tahu,” tambahnya.

    Biden berkata kerajaannya akan mengerahkan pasukan tentera ke hospital, membekal kapal kepada negara terjejas dan mendapatkan tempat untuk menjalankan ujian. – AFP

    Joe Biden ketika sidang media di Rumah Putih mengumumkan langkah baharu pentadbirannya bagi membendung penularan Omicron di AS. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda