Tuesday, January 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sekat eksport cip canggih, AI

    SACRAMENTO, 20 JAN – Langkah baharu pentadbiran Biden yang memperkenalkan kawalan eksport ke atas model kecerdasan buatan (AI) dan cip canggih telah mendapat kritikan meluas daripada pakar industri, yang bimbang langkah itu boleh menghalang perkembangan AI di peringkat global.

    Selepas pentadbiran tersebut memperkenalkan kerangka kerja baharu hari ini, Biro Keselamatan Industri di bawah Jabatan Perdagangan AS mengumumkan kawalan eksport terkini Rabu lalu. Peraturan itu termasuk kawalan eksport pertama terhadap model AI serta keperluan lesen global untuk cip canggih.

    Peraturan itu mula berkuat kuasa hari ini, namun tarikh akhir pematuhan bagi keperluan lesen baharu adalah pada 13 Mei, yang juga merupakan tempoh akhir bagi maklum balas awam.

    Meskipun bertujuan untuk menangani kebimbangan keselamatan negara, peraturan tersebut menghadkan eksport cip AI dan teknologi canggih kepada pesaing strategik, menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya terhadap daya saing AS dan ekosistem AI global.

    “Kerajaan AS sering menekankan kepen-tingan bersikap terbuka, berorientasikan akar umbi dan terdesentralisasi dalam pelbagai aspek sistem teknologi dan Internet. Namun, dalam AI, mereka nampaknya mengambil pendekatan yang bertentangan,” kata Daniel Castro, Naib Presiden Information Technology and Innovation Foundation (ITIF), sebuah

    badan pemikir yang berpangkalan di Washington DC.
    Dalam sesi perbincangan panel secara maya anjuran ITIF pada Khamis lalu, Castro menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan beberapa pihak dari negara lain mengenai peraturan yang dicadangkan itu.

    “Mereka terkejut dengan dasar ini dan implikasinya terhadap cara AS melihat mereka sebagai negara ‘tahap dua’,” katanya. – Xinhua

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda