Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS tarik diri dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB

    WASHINGTON, 4 FEB – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif hari ini untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta menghentikan pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor media tempatan yang memetik pegawai Rumah Putih.

    Pada hari yang sama, Trump dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang sekian lama mengkritik UNRWA, lapor Xinhua.

    Semasa penggal pertama Trump pada Jun 2018, AS menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dengan alasan keanggotaan badan itu diberikan kepada negara yang tidak layak serta mempunyai tumpuan tidak seimbang dan permusuhan berterusan terhadap Israel. 

    Bagaimanapun, pada Februari 2021, Setiausaha Negara AS ketika itu, Antony Blinken mengumumkan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan kembali menyertai majlis berkenaan sebagai pemerhati. 

    Sejak 1950, UNRWA menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 23 Oktober 2023 menunjukkan Pekerja PBB dan Bulan Sabit Merah menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada rakyat Palestin di gudang UNRWA di Deir Al-Balah, Semenanjung Gaza. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda