KUALA LUMPUR, 20 APRIL – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kebenaran kepada atlet kebangsaan untuk beralih angin daripada program sedia ada di bawah badan induk berkenaan.
Timbalan Presiden KOM Datuk Mumtaz Jaafar berkata mana-mana atlet olahraga kebangsaan berada dalam program atau kem latihan yang sedang berjalan tidak wajar untuk ‘mengangkat kaki’ tanpa sebab munasabah.
Namun, katanya KOM terlebih dahulu akan mengkaji dengan mengambil kira situasi semasa sekiranya terdapat atlet yang berhasrat untuk menjalani latihan di luar termasuk kembali ke pangkuan bekas jurulatih masing-masing. – Bernama