Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet wusyu negara raih pingat gangsa

    Oleh Sim Y. H. –

    KUCHING, 14 OGOS – Kontinjen Negara Brunei Darussalam melalui sukan wusyu berjaya menyumbang pingat gangsa pertama negara melalui atlet wusyu negara, Walid Lachkar di temasya Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI), 2024 di Kuching, Sarawak pada hari pertama pertandingan, hari ini.

    Walid Lachkar memenangi pingat gangsa melalui acara Men’s Changquan dengan mengutip markah sebanyak 9.580.

    Pingat emas dan perak dalam acara berkenaan telah berjaya diraih oleh atlet dari negeri Pulau Pinang dengan kutipan markah sebanyak 9.620 manakala tempat kedua memperoleh kutipan markah sebanyak 9.596.

    Pingat gangsa itu merupakan kejayaan Walid Lachkar yang pertama di temasya SUKMA.

    Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyampaikan pingat-pingat kepada para pemenang manakala maskot-maskot telah disampaikan oleh Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly.

    Walid Lachkar bergambar bersama pingat yang dimenanginya. – GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    Walid Lachkar semasa menerima pingat di podium. – GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    Haji Mohamad Rosfazilah dan pasukan wusyu negara bergambar ramai di temasya SUKMA XXI. – GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda