Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia pendekkan tempoh vaksin penggalak

    CANBERRA, 12 DIS – Panel pakar Australia berkaitan imunisasi telah memendekkan waktu menunggu yang disarankan untuk mengambil vaksin penggalak (booster) koronavirus.

    Kumpulan Penasihat Teknikal Imunisasi Australia (ATAGI) berkata hari ini yang jarak waktu antara suntikan kedua dan penggalak bagi individu berusia 18 tahun ke atas telah dikurangkan dari enam bulan kepada lima bulan.

    Perubahan itu bermaksud sekitar 1.5 juta penduduk Australia kini layak untuk mendapatkan suntikan penggalak.

    ATAGI juga mengesahkan ia telah meluluskan vaksin Moderna sebagai suntikan penggalak dan alternatif kepada dos Pfizer.

    Kemunculan varian Omicron telah menjadikan vaksin penggalak ‘amat penting’, kata Setiausaha Jabatan Kesihatan, Brendan Murphy.

    “Kami percaya bahawa, ketika seseorang menghampiri tempoh enam bulan, imuniti vaksinasi pertama berkurang bermaksud vaksin penggalak akan menjadi lebih penting untuk meneruskan perlindungan menentang varian ini,” ujarnya kepada wartawan.

    “Kita masih lagi dilindungi dengan vaksinasi asas kita, orang ramai tidak perlu khuatir,” tambahnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda