Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia rancang bina kapal perang baharu

    SYDNEY, 20 FEB – Australia hari ini menggariskan rancangan selama 10 tahun untuk menggandakan armada kapal perang utamanya dan meningkatkan perbelanjaan tambahan untuk pertahanan sebanyak AS$7 bilion, ketika menghadapi perlumbaan senjata Asia Pasifik yang semakin sengit.

    Di bawah rancangan itu, Australia akan memperoleh 26 buah kapal penggempur, meningkat daripada 11, hari ini.

    “Ia adalah armada terbesar yang akan kami miliki sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua,” kata Menteri Pertahanan, Richard Marles.

    Pengumuman itu dibuat selepas peningkatan besar-besaran kuasa tembak oleh pesaing China dan Rusia, dan di tengah-tengah konfrontasi yang semakin meningkat antara sekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS).

    Australia akan mendapat enam kapal frigat kelas Hunter, 11 kapal frigat tujuan am, tiga kapal pemusnah udara dan enam kapal permukaan canggih.

    Sebahagian daripada armada itu akan dilengkapi dengan peluru berpandu Tomahawk yang mampu melancarkan serangan pada sasaran jarak jauh di dalam wilayah.

    Rancangan itu akan menyaksikan Australia meningkatkan perbelanjaan pertahanannya kepada 2.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNP), melebihi sasaran dua peratus yang ditetapkan oleh sekutu NATO.

    Beberapa kapal akan dibina di Adelaide, yang akan mewujudkan lebih daripada 3,000 peluang pekerjaan, tetapi yang lain akan diperoleh daripada reka bentuk AS manakala reka bentuk yang lain masih belum diputuskan sama ada dari Sepanyol, Jerman, Korea Selatan atau Jepun. – AFP

    Marles berucap ketika dia berdiri di hadapan kapal Tentera Laut Australia HMAS Canberra di Sydney pada 20 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda