Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awie harap dapat terbit lebih banyak filem selepas Sue-On

    Mengenang kembali jasa pengarah Allahyarham Mamat Khalid, penyanyi dan pelakon Datuk Awie tampil dengan sebuah filem genre komedi seram berjudul Sue-On.

    Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, pengarah itu juga yang telah memperkenalkan namanya sebagai seorang pelakon komedi menerusi filem-filem terdahulu seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    “Saya menghasilkan filem ini adalah untuk meneruskan legasi arwah. Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan.

    “Watak dalam filem-filem komedi lakonan saya sebelum ini diterima baik oleh penonton sedangkan saya bukan pelakon komedi.

    “Jadi saya perlu mengambil peluang menghasilkan filem genre sebegini dan dengan itu maka adanya Sue-On,” katanya.

    Selain bertindak sebagai penerbit, Awie turut membintangi filem ini bersama barisan pelakon lain seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan Achey selain penampilan khas Erra Fazira.

    Mengharapkan kejayaan dan sambutan hangat penonton Awie juga mahu menerbitkan lebih filem sebegini di masa akan datang.

    “Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.

    Sama juga seperti Awie, pengarah filem ini iaitu Razif Ajiboy Rashid turut menganggap karya kali ini sebagai satu penghargaan buat arwah Mamat yang cukup terkenal dalam penghasilan genre komedi. – Agensi

    Datuk Awie turut mengenang jasa pengarah Allahyarham Mamat Khalid kerana telah memperkenalkan namanya sebagai seorang pelakon komedi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda