Sunday, January 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aya Amiruddin tarik diri

    Personaliti media sosial, Aya Amiruddin berkata masalah kesihatan yang dialami sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya sehingga dia tidak dapat membuat persembahan terbaik dalam program Mega Spontan 2023.

    Kata Aya, 26, sukar untuk dia berdepan situasi sukar seperti ini lebih-lebih lagi selepas pemergian arwah ibu tercinta.

    “Biasanya kalau terkena serangan asma arwah mak ada di sisi. Sekarang ini dia dah tiada. Apa yang berlaku memberi pelbagai kesan kepada saya.

    “Ia juga mengganggu mental. Saya rasa tertekan. Ramai yang bertanya tentang kesihatan saya, sekarang ini rasanya okay sahaja, tapi saya pun tidak tahu apa yang berlaku dalam diri ini,” katanya. Aya berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Khamis.

    Dalam satu hantaran yang dimuat naik, dia juga memberi bayangan seolah-olah mahu menarik diri daripada program berkenaan yang akan memasuki minggu ketujuh.

    Kata Aya lagi, masalah yang dialami ini mungkin akan menyusahkan ahli kumpulan Srivijanda iaitu Ropie dan Mamak Puteh. – Agensi

    Aya akui tertekan dan merasa gagal memberi persembahan terbaik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda